visaumrah.my

Terma Perkhidmatan

Versi 1.0 · Tarikh kemas kini terakhir: 26 April 2026

1. Penerimaan terma

Dengan menggunakan visaumrah.my, pengguna bersetuju untuk terikat kepada terma perkhidmatan yang dinyatakan dalam dokumen ini. Sekiranya pengguna tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian terma ini, sila hentikan penggunaan platform.

2. Skop perkhidmatan

Visaumrah.my adalah platform pengumpulan profil prospek umrah yang menyediakan generation AI tazkirah peribadi berdasarkan profil pengguna.

Platform ini BUKAN platform booking pakej umrah secara langsung. Booking dan urusan pakej sebenar dikendalikan sepenuhnya oleh agent partner umrah.

3. Tanggungjawab pengguna

  • Membekal maklumat yang TEPAT dan terkini semasa mengisi quiz.
  • Tidak menggunakan platform untuk tujuan menipu, scam, atau spam.
  • Tidak share kandungan tazkirah yang diterima secara komersial tanpa kebenaran bertulis.

4. Penolakan jaminan

Maklumat tazkirah yang dijana adalah berdasarkan rujukan Islamic standard (Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Fazail-e-Hajj). Ia BUKAN fatwa muktamad — sila rujuk ulama’ sekiranya terdapat sebarang keraguan.

Pakej umrah, harga, dan ketersediaan adalah ditentukan sepenuhnya oleh agent partner. Visaumrah.my tidak menjamin ketepatan harga, kualiti pakej, atau ketersediaan slot pada bila-bila masa.

5. Had liabiliti

Visaumrah.my tidak bertanggungjawab atas:

  • Kelewatan delivery WhatsApp yang berlaku di luar kawalan kami (contohnya Waha downtime, isu rangkaian Meta, atau gangguan perkhidmatan).
  • Maklumat lapuk atau tidak tepat yang berasal dari pihak ketiga.
  • Sebarang kerugian tidak langsung, sampingan, atau ikutan yang timbul daripada penggunaan platform ini.

6. Pengubahsuaian platform

Visaumrah.my berhak untuk mengubah, menambah, atau menamatkan mana-mana ciri platform pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

7. Penamatan

Visaumrah.my berhak menamatkan akses pengguna sekiranya didapati terdapat penyalahgunaan terma perkhidmatan ini.

Pengguna boleh menamatkan langganan dengan menghantar STOP, BERHENTI, atau JANGAN melalui WhatsApp. Walau bagaimanapun, data lead yang sedia ada masih akan disimpan untuk tujuan audit kecuali pengguna meminta pemadaman penuh secara bertulis.

8. Penyelesaian pertikaian

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa eksklusif terhadap apa-apa pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan platform ini.

9. Hubungi kami

Sebarang pertanyaan berkaitan terma perkhidmatan ini boleh dihantar ke:

Email: info@visaumrah.my